BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday 12 August 2012

..di sebalik nama..

..mesti ramai yang tertanya-tanyakan mengapa kami menggunakan 'Kaizen dan paradigma revolusi pencetus kecemerlangan' sebagai header dalam blog kami ini. Aha..sebelum kami menjelaskan duduk perkara yang sebenar elok kiranya kami nyatakan dulu maksud perkataan ini agar lebih jelas pemahamannya nanti. 

..ok baiklah setelah kami merujuk kepada laman Dewan Bahasa dan Pustaka definisi yang kami perolehi adalah menurut Kamus Dewan edisi keempat kaizen bermaksud (rahsia pembangunan Jepun) pening­katan yg berterusan (diri, organisasi, dsb) demi mencapai tahap kecemerlangan yg lebih tinggi dr semasa ke semasa dlm segala usaha yg di­jalankan. Kaizen ini merupakan perkataan jepun yang dipinjam masuk ke dalam bahasa ibunda kita. Sikap kerajinan tanpa mengira erti penat lelah masyarakat jepun yang sering dibanggakan seantero dunia menjadi suntikan semangat kepada kami bertiga. Kami merasakan sikap seperti ini adalah amat penting untuk diaplikasikan di dalam diri kami yang bakal bergelar guru. 


seterusnya kita melihat pula kepada maksud paradigma. Merujuk kepada kamus pelajar edisi kedua paradigma membawa maksud peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran ke keadaan atau lingkungan fikiran yang baru, biasanya yang lebih baik. Ini juga bersesuaian dengan perilaku seorang guru yang sentiada perlu mencari idea-idea baru dan pendekatan yang pelbagai bagi menambat hati para pelajarnya dan akhirnya akan mencetuskan revolusi kecemerlangan.


..i'Allah dengan izin Allah kami amat bercita-cita untuk memupuk dan seterusnya menanam kedua-dua sikap dan nilai murni ini dalam diri kami yang bakal bergelar pendidik agar kami dapat mencetuskan revolusi kecemerlangan dalam dunia pendidikan masa kini dan akan datang. Moga dipermudahkan Ya Allah..(^_^)







0 comments: