BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
free glitter text and family website at FamilyLobby.com free glitter text and family website at FamilyLobby.com


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, 4 August 2012

Kami Generasi i-Think



Cuba lihat video dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program i-Think..


Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.


Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.


Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.



Bagaimana Program i-Think dilaksanakan?

1. Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.
2. Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar pada tahun
   2012.
3. Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat pada
   tahun 2013.
4. Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi
   program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps,
   habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts.

Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?

· Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif
  di dalam kelas.
· Aktiviti banyak berpusatkan murid.
· Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan
  pengajaran.
· Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan
  sebagai fasilitator.

0 comments: